Wednesday, 26 February 2014

Perbezaan diantara Kutub Selatan dan Kutub Utara.



Sebahagian di antara anda pasti sudah tahu bahawa penguin hanya ditemui di Kutub Selatan. Jangan harap bertemu burung yang kelihatan cantik itu di kutub utara. 

Meskipun serupa, sama-sama daratan di hujung planet bumi yang didominasi ais, kutub utara dan kutub selatan menyimpan banyak perbezaan. Penguin hanya salah satu contoh perbezaan sahaja.



Wilayah ais Artik di kutub utara pada dasarnya merupakan lautan beku yang dikelilingi daratan yang sering disebut lingkaran Artik (Arctic Circle). Sebaliknya, Antartika di kutub selatan adalah daratan benua dengan wilayah pergunungan dan tasik diliputi ais yang dikelilingi lautan.


Benua Antartika mengandung hampir 90 peratus ais di seluruh dunia. Jika dicairkan, seluruh ais Antartika cukup untuk memenuhi tiga perempat keperluan air minum di seluruh dunia. Maka jangan hairan jika Putera Mohammed Al Faisal dari Saudi Arabia pernah berencana mengangkut 100 juta ton ais dari Antartika ke negaranya. 


Benua Antartika jauh lebih dingin daripada Artik sehingga bahkan terdapat lapisan ais di sana yang tidak pernah meleleh sepanjang sejarah. Suhu rata-ratanya -49 darjah Celcius. 


Suhu terdingin pernah tercatat pada 21 Julai 1983 sesejuk -89.6 darjah Celcius di Stesyen Vostok, dekat kutub geomagnetik selatan. Sementara Artik memiliki Suhu rata-rata lebih tinggi sekitar -34 darjah Celcius. 


Meski demikian, lapisan stratosfer di atas kutub utara mengalami pendinginan dari tahun ke tahun sehingga lubang ozon semakin besar. Mungkin tidak akan sebesar lubang ozon di Antartika yang mencapai luas benua Eropah.


Daratan ais yang didominasi lapisan ais tipis di Artik lebih mudah retak di saat musim panas tiba. Bahkan, laporan terakhir menyebutkan, retakan ais telah melanda seluruh bahagian Artik ketika tiba musim panas.


Di Antartika retakan lapisan ais melanda wilayah-wilayah tepian sahaja namun sekali lepas, pulau ais yang mengapung boleh berlayar dari Antartika sampai ke Selandia Baru. 


Sampai saat ini, wilayah Kutub Utara masih menjadi rebutan di antara negara-negara kuasa besar. Russia sudah awal-awal mendakwa kekuasaannya di kutub utara dengan memacakkan bendera di dasar perairannya tahun lalu. 


Russia sudah menyiapkan eksplorasi gas di Lomonosov Ridge, barisan pergunungan bawah laut pada kedalaman 1920 meter untuk memperoleh 10 juta ton gas.


Tetapi, AS juga tidak mahu mengalah dengan mengirimkan kapal pemecah ais Coast Guard untuk memetakan kembali batas wilayahnya di Alaska sebelum lapisan ais di sana terus menyusut kerana pemanasan global. Badan Survei Geologi AS menganggar terdapat kandungan minyak di bawah Artik sampai satu perempat kandungan minyak dunia. 


Meski pun Kutub Selatan ditafsirkan menyimpan minyak terutama di sekitar Laut Ross, kemungkinan di ketika ini sangat kecil. Antartika telah mendapat perlindungan sesuai Perjanjian Antartika yang melarang sesiapapun melakukan segala bentuk eksplorasi minyak dan menjadikan Antartika kawasan damai serta kajian bersama.


Sepanjang sejarah, Antartika memang tidak pernah dikuasai siapapun dan tidak ada penduduk asli di sana. Berbeza sekali dengan wilayah lingkaran Artik yang terdapat beberapa kota berpenduduk seperti Barrow di Alaska, Tromso, Norwegia, serta Muramansk dan Salekhaard, Russia. Di kutub utaralah orang-orang eskimo bermukim. 


Selain itu juga, hanya di Artik saja beruang kutub boleh ditemui.


Mungkin ini juga alasan paling kuat mengapa penguin yang hanya ditemukan di kutub selatan tidak pernah menggunakan sayapnya untuk terbang. 















No comments:

Post a Comment